Monday, November 12, 2012

Baby movement

Salam..
Masa check up di KKIA masa tu 16 weeks kot, Nurse tanya dah rasa belum baby gerak. Jawab belum. Katanya kalau belum rasa baby gerak, belum boleh ambil injection ATT. Then pergi kerja tanya senior camna nak tau baby movement? Bila dia story, saya memang tak dapat nak bayang camne. Saya google, baca blog m2b lain dapat la gambaran skit.

Actually, bila malam baring nak tidur saya selalu la pegang perut. kadang-kadang rasa berombak, macam berdenyut-denyut pun ada. Tapi sangat jarang la rasa tu. Bila story kat senior tempat kerja dia kata bukan. Then, saya tanya kat group FB, ramai yang respon cakap apa yang saya rasa tu betul. Dalam 18 atau 19 weeks baru saya sedar sudah ada baby movement. Baby kick sampai sekarang saya tak tau camna rasa. Kalau perut mengeras tu rasa la gak kadang-kadang. Yang saya pasti malam nak tidur masa baring tu memang sakan la movement tu. Mungkin masa tu saya rileks dan dapat fokus tu yang perasan. Time kerja, berjalan memang tak rasa la.


0 pendapat:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...