Tuesday, February 19, 2013

Checklist Mama

Salam
Sudah habis checklist baby, sekarang checklist mak nye pulak. Macam yang baby jugak saya buang mana tak perlu dan tambah mana yang perlu berdasarkan blogwalking dan terjahan di group.

Banyak juga saya spend tu pun banyak dah yang cut dan guna mana yang ada.

1. Sweater - guna yang ada je

2. Pad - Prefer overnight wing Kotex. Saya ada sebab sendiri kenapa guna yang ni dan bukannya maternity pad.

3. Socks - Beli yang scarlet 5 pasang RM10.

4. Massage oil - Beli yang brand TYT RM5.90 je. Ada gak beli losyen mustajab tapi dah guna masa kaki cramp.

5. Slipper - guna mana ada je

6. Clothes  - guna mana ada je

7. Disp panties - Beli kat jusco RM6.90 untuk 12 pcs. Ni nak guna masa di hospital. Bleeding mesti banyak.

8 hingga 13 saya cerita  di entry lain untuk set berpantang.

Makin ringkas entry saya makin hari. Semakin malas nak menaip T_T Banyak lagi benda nak cerita sebelum bersalin ni. Nanti dah kuar anak ntah dapat ke tak pegang laptop. Minggu ni minggu terakhir saya bekerja sebelum bersalin minggu depan. Huhu.. sudah dekat masanya.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...