Monday, April 8, 2013

Sesi berpantang

Salam dan selamat sejahtera

Nak share pengalaman berpantang saya walau rasanya tak de beza pun macam orang lain. Untungnya saya dah tahu terlebih dahulu untuk di bedah. Sempat la google info tentang pantang czer walau tak banyak beza dengan bersalin normal.

Pilis
Saya sapu Pilis Sari Ayu di leher dan kepala. Memang sedap rasa berangin je. Tujuan untuk hilangkan sakit kepala. Dari bacaan saya kena pakai lepas pagi. Saya pakai je bila nak.

Param
Tak sempat beli. Tapi mak ada beli 'bedak angin'. Fungsi sama macam param. Sapu seluruh badan dan jadi macam bedak sejuk dah. Saya guna tak sampai 5 kali sebab bila kering habis jatuh atas Anas serdak-serdak bedak tu.

Urut
Saya berurut setelah sebulan delivered. Mula urut di rumah FIL. Sekali je sebab nya tukang urut yang mak saya cari minta untuk urut lepas 3 minggu pantang. Lepas urut di rumah FIL, esoknya sambung urut di rumah mak saya pula. Memang beza dua urutan tu. Yang di rumah FIL, nenek yang urut, lemah lembut dan sopan je urutannya. Bayaran lebih murah. Dia minta saya lengkapkan 3 kali urutan. MIL suruh urut lagi bila balik ke kampung. Yang urut di rumah family saya masih muda. Dalam 40an. Kudrat kuat, memang berasa urutan dia. Sangat sedap. Bayaran lebih mahal dari kampung tapi tak banyak beza pun. Saya rasa bayaran tu berbaloi dengan servis yang saya terima. Pagi urut petang tangan kaki saya dah lebam.Mak kata kalau lebam maksudnya angin dah keluar.

Bengkung / Lulur
Belum pakai sehingga sekarang.

Tungku
Sudah mula sejak pulang dari hospital. Saya guna yang moden. Bagus untuk legakan lenguh-lenguk dan kurangkan bengkak susu. 2 minggu pertama berpantang sangat menguji kesabaran. Tungku banyak membantu hilangkan segala sakit badan sementara nak tunggu sesi mengurut. Saya tak tungku area perut pada mulanya sebab banyak versi gatwa orang tua yang saya dengar. Sudahnya ukuran rahim saya tak menurun dan JM yang melawat rumah galakkan saya untuk tungku kawasan perut untuk kecutkan rahim. Selepas saya tungku kawasan perut darah nifas keluar ketul-ketul, kencing lebih kerap dan ukuran rahim makin menurun. Ukuran rahim menurun menunjukkan rahim sudah mengecut.
Mandi Herba
Saya mandi herba dari hari pertama pulang ke rumah sehingga sekarang. Rasa segar je badan. Saya guna yang ready made dan daun-daun yang mak saya cari. 

Jamu
Saya makan pytonatal hari ke5 berpantang sebab belum membuang. Makan pagi, petang membuang. Tapi saya ni bukan lah disiplin sangat. Dalam seminggu 3 kali je makan. Teh herbanika pun sama, bila teringat je minum. Saya ada beli manjakani tapi belum guna lagi.

Cucian Peribadi
Saya beli yang ready made berasaskan sireh. Sebelum bersalin lagi dah guna dan teruskan semasa bersalin.

Jagaan luka
Luka czer saya di gam. Masa mandi memang mandi terus je. Biar luka tu kena air. Lepas mandi lap kering. Sentiasa periksa luka sebab akan basah bila berpeluh.

Dan antara pantang larang lain yang di amalkan atas arahan mak (mana yang ingat)

  • Pakai stokin paras betis dan tebal setiap waktu kecuali masa mandi dan ke tandas. Selipar pun kena pakai masa berjalan dalam rumah.
  • Rambut kena ikat setinggi dan seketat yang boleh
  • Jaga ibu jari, jangan bagi terantuk / tersepak.
  • Pakai baju tangan panjang / sweater dalam rumah (awal-awal je buat, lepas tu tak dah. Suhu kat penang 39  C̊) 
  • Tidur kaki kena rapat
  • Makan nasi tak leh bertambah
  • Sentiasa minum air suam
p/s - menghitung hari nak habis sesi berpantang ^_^

2 pendapat:

hana humaira said...

Sis masih berpantang?
Thnx share tntang set pantang
Sy pon tgh cari2
Jemput ziarah blog sy www.hanasihat.blogspot.com

MizA said...

Sis, saya dah habis pantang. Anak dah 20 bulan pun. Tu entri tahun lepas sis 😀

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...