Monday, December 8, 2014

Review Novel : Manisnya Cinta


Novel lama dalam simpanan, saja baca balik sebab movie nak keluar Disember. Tahu dah kisahnya best tu yang nak pergi gak versi movie.

Sinopsis

Ifti Liyana, menjalinkan hubungan dengan Alfredo yang juga anak kepada teman sekolah ibunya. Hubungan yang agak lama, lama kelamaan Ifti perasan yang Fredo jarang bertemu dan menghubunginya. Apatah lagi teman nya beberapa kali melihat Fredo berpegangan tangan dengan wanita lain. Ifti bersemuka dengan Fredo untuk penjelasan dan Fredo tidak menafikannya. Hubungan mereka putus. Masalah timbul apabila adiknya, Izalea bertunang. Saudara dan jiran mula menyoalnya dan timbul isu salin tikar. Shahril, tunang Izalea ingin kenalkan kawannya tetapi Ifti enggan kerana dia telah terpaut pada jejaka yang selalu terserempak dengannya bernama Nazmi. Lelaki kacak yang bertukar wanita apabila mereka terserempak itu akhirnya menghulurkan salam perkenalan dengan pekerjaan sebagai pemandu bas dan Ifti menerima seadanya. Bagaimanakan penerimaan keluarga Ifti? Ifti seorang Interior Designer vs driver bas?

Saya beri 4.8/5 bintang. Karya Anis Ayuni yang wajib miliki. Tambah pula sudah beralih ke layar perak dengan Fazura dan Shaheizy Sam sebagai watak utama. Saya beli novel ni yang cover movie. Novel lama boleh lagi baca cuma dah lunyai la. Ternampak lak penulis iklankan untuk pembelian novel ni beserta free gift. Sebenarnya nak free gift 😀

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...