Thursday, July 9, 2015

Resepi Carbonara

Assalamualaikum.
Pertama kali masak carbonara, biasa masak bolognese dan Aglio Olio ja. Lama dah teringin makan carbonara yang sedap. Order beberapa kali di kedai yang berlainan tetapi rasanya sangat menghampakan. Sekali tu tempat kerja saya buat jamuan, senior buat carbonara dan rasa sangat sedap. Tak muak pun bila makan berulang kali. Terus mintak resepi. Saya kongsi di sini untuk saya rujuk di masa akan datang.


Bahan-bahan

1/2 peket spagheti
Minyak
Garam
1 labu bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih - potong dadu
Ayam, udang, daging
Satu tin prego carbonara
1 cawan susu cair
Air
Satu tin mushroom (potong slice)
Satu sudu teh lada hitam
Satu sudu teh lada putih
Satu sudu teh mixed herbs

Cara-cara

1. Panaskan air, dah mendidih masukkan garam sikit dan minyak. Masukkan spageti. Dah masak angkat dan toskan

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah, dah naik bau, masuk bawang putih sampai kekuningan.

3. Masukkan udang, ayam daging. Kacau hingga masak.

4. Masuk sos prego, 1/2 tin air, 1/2 tin susu cair. Adjust sukatan air dan susu ikut citarasa anda.

5. Masukkan cendawan, lada hitam, putih, garam dan mixed herbs. Tunggu hingga mendidih dan siap.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...