Friday, December 11, 2015

Buka buku pink / merah kali ke2

Assalamualaikum.
Awal September, ada kelapangan, saya claim hour, ambil half day dan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) yang terdahulu. Tujuan nak buka buku pink/merah. 1.50 petang, pergi ke bahagian ibu dan anak, menunggu la di situ bersama beberapa ibu. Nampak staf, pergi tanya berkenaan nak buka buku. Dia tanya camna tau pregnant, bawa result UPT atau tak. Saya cuma bawa scan dari klinik luar, dan itu di terima. Saya diminta tinggalkan Ic dalam raga dan ambil nombor giliran di bahagian depan.

Selepas 10 minit, nama saya di panggil. Masuk bilik untuk interview tentang data peribadi dan maklumat kelahiran lepas. Kerja lebih mudah kalau bawa buku merah anak terdahulu. Kena tunggu nurse isi data dalam buku, agak membosankan sebab dia kena isi 2 salinan. Satu untuk simpanan kita, satu untuk KKIA. Saya minta untuk isi lagi satu salinan. Nak cepatkan urusan. Lepas tu timbang berat. Tinggi dia tanya je, tak de ukur pun. Saya pun main sebut je tinggi. Sudahnya BMI saya lebih dari 27. Next time ingat betul-betul tinggi. Lepas tu cek BP.

POA : 9/52
Urin Alb : -ve
Urin Sugar : -ve
Berat : 67.2
BP : 100/80
Nadi : 80

Selesai semua tu, saya diminta ke makmal untuk ujian urin dan Hb. Mesin Hb rosak, urin je yang di buat. Lepas tu kembali semula ke bilik tadi. Ambil buku merah dan letak dalam bilik nurse. Yang ni kejap je tunggu.

Masuk dalam bilik nurse, di minta baring atas katil. Nurse tanya sejarah kandungan lalu, thalasemia, dan ujian darah yang perlu di lakukan. Saya kena buat MGTT sebab BMI >27. Masa baring, nurse pegang perut, cek tangan, gigi. Lepas tu di beri beberapa nasihat dan kena ke bilik doktor pula. 15 minit tunggu dan sampai giliran saya. Doktor scan perut dan katanya baby ok. Pemeriksaan payudra juga di lakukan. Dan semuanya ok.

Selesai di bilik doktor, say ke kaunter semula. Di beri temujanji akan datang lagi 4 minggu untuk ujian darah dan ujian rutin lain-lain. Ujian darah yang perlu di buat FBC, Blood Group, rhesus, VDRL, HIV dan MGTT. Sehatian memikirkan tentang ujian MGTT 😒

Lepas 2 hari saya buat ujian MGTT di tempat saya, sekali FBC
FBS : 4.7
2HPP : 3.5
Hb : 13.5

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...