Sunday, January 24, 2016

Resepi Siakap sweet sour

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rajin pulak nak kongsi resepi bagai. Ayat cliche, untuk rujukan diri sendiri masa akan datang. Resepi versi saya yang serba kekurangan bahan dalam rumah. Maklum la, weekend ja baru masak. Tu pun selang 3,4 weekend kalau tak dak kenduri dan rajin. Menu harus lah yang simple dan kena ngan tekak.


Bahan-bahan

Siakap 1 ekor - siang, basuh, perap garam kunyit. Kalau tak mau goreng lagi letak dalam fridge dulu.

2 ulas bawang putih - hiris nipis
Halia - hiris (sikit je saya guna)
1 biji tomato - potong dadu
3 sudu besar sos cili
Separuh cawan air
Garam
Gula
Serbuk perasa
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 cili pada (racik halus)

Cara memasak

Panaskan minyak.
Goreng ikan, minyak biar tenggelam ikan dan pastikan minyak betul panas baru masukkan ikan.
Ikan dah masak, angkat letak tepi.

Panaskan minyak.
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan tomato, kacau-kacau hingga layu.
Masukkan air dan sos cili. Adjust la ikut kepekatan yang nak. Yang saya letak atas tu sukatan saya.
Dah mendidih, masukkan garam, gula, bahan perasa. Rasa la ikut tekak masing-masing.
Masuk bawang besar dan cili padi. Tutup api. Kalau biar api lama-lama nanti bawang tak crunchy.

Nak makan, tuang atas ikan.

Leh je nak guna sayuran lain, carrot, culiflower, capsicum untuk hiasan. Saya guna yang ada di dapur saya je. Even sos tomato pun boleh sekali ngan sos cili.

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...