Monday, March 14, 2016

Review Novel :Antologi Cinta Dia


Assalamualaikum dan salam sejahterA.
Kali ni nak review karya dari novelis favourite saya. Mereka bergabung dan terhasil lah Antologi Cinta Dia (ACD). Novel ni limited edition. Cetakan dari syarikat terbitan mereka sendiri. Memang tiada di jual di pasaran. Apa pun memamg berbaloi memiliki novel ni. Novel ni ada 3 kisah berbeza dari 3 penulis.

Melodi Kasih 2 - Hezzy Azra

Fariq, suami kepada Zahara mempunyai sepasang cahaya mata, ahli perniagaan yang ingin miemceburi bidang politik. Isterinya tidak setuju tetapi demi menyokong suaminya, dia tetap bersetuju. Apabila Fariq menggunakan khidmat peguam, Hanani sebagai pengatur strateginya untuk bertanding memilih jawatan ketua pemuda. Ini menyebabkan Zahara kurang senang. Apatah lagi sifat Hanani padanya seperti mempunyai agenda. Ini menyebabkan timbul perbalahan antara mereka suami isteri. Kesibukan Fariq, menjadikan hubungannya sebagai suami, ayah terjejas dan kehadiran Hanani memburukkannya lagi. Bagaimana kesudahan hubungan mereka.

Aku Bukan Cupid - Lynn Dayana

Aisyah (Ai), Amry, Benz dan Chairyl sepupu, membesar bersama. Sama-sama nakal, walaupun Ai perempuan, dia sama nakal seperti yang lelaki dan sentiasa menjadi mangsa sebatan ibu nya yang tidak suka kan mereka bertiga. Ibunya melarang keras dia rapat dengan mereka sehingga mereka dewasa. Ai bersama Amry dalam satu universiti. Mereka kerap pulang ke kampung bersama. Amry, Benz dan Chairyl pernah berjanji semasa kecil untuk tidak jatuh cinta pada Ai dan akan menjaga Ai. Tetapi Chairyl dan Ai saling menyintai dan mendapat tentangan ibu Ai. Bagaimana perjuangan hubungan mereka?

Haq - Dhiya Zafira

Haq diburu kerana keluar dari kumpulan kongsi gelap hingga kekasihnya dibunuh. Dia hampir mati dan di selamatkan oleh Alin. Alin si agrophobia selepas kematian Kasih, menyendiri dari dunia luar. Apabila Haq di jejaki, dia tiada pilihan selain membawa Alin bersamanya. Bagaimana Alin melalui pengalaman pertamanya selepas 2 tahun di dunia luar?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...