Monday, April 4, 2016

Daftar eletrik dan air - #rumahAnS

Assalamualaikum.

Isnin saya ambil kunci rumah, dapat bersama borang untuk pendaftaran elektrik (TNB) dan air (PBA). Untuk Elektrik, ada agen yang uruskan. Borang yang saya dapat telah siap di isi dan ada checklist apa yang saya perlu bawa semasa pendaftaran termasuk bayaran wang cagaran dan duti setem. Saya perlu daftar di TNB, Seberang Jaya.

Hari rabu saya nak ke KKIA untuk antenatal check up dan TNB sebelah Klinik je. Saya mintak keluar 12 tengah hari untuk urusan di TNB sebab 2 petang saya perlu ke klinik dan saya pun tak tahu TNB beroperasi atau tidak waktu rehat. Nombor telefon yang di sertakan oleh agen tak pernah berjawab bila di hubungi.

12.20 saya sampai di TNB, pergi kaunter pertanyaan, tunjuk borang dan di beri nombor. 5 minit je tunggu, sampai giliran saya. Staf semak borang saya, minta sahkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat rumah kemudian tandatangan. Selepas itu buat bayaran. RM 700 untuk cagaran dan RM10 duti setem. Selepas bayaran di buat, diberi resit dan di maklumkan pemasangan pada hari isnin. (khamis dan Jumaat, public holiday). Ada juga saya tanya, tentang pemasangan, katanya jangan kunci pagar. Ok,pintu pagar memang kami belum pasang mangga.


Tengok jam 12.35 tengah hari, saya ke klinik terus. Kot la sempat check up untuk slot pagi. Ambil nombor dan staf langsung tak de kat kaunter. Tinggal buku pink dalam raga dan terus ke kereta. Drive ke PBA Taman Selat pula untuk urusan pendaftaran air. Nasib saya baik, walau kereta banyak,parking penuh tapi elok je saya masuk, 2 kereta keluar dari parking.

Masuk situ,tunjuk borang diberi nombor giliran. Lebih kurang 5 minit tunggu terus nombor di panggil. Hulur je borang, staf (perempuan) tanya S&P fotostat tak. Saya cakap saya copy page depan dan belakang je. Katanya tak lengkap dan dia masih belum tengok borang yang saya bawa. Saya inform yang pemaju yang minta fotostat page depan dan belakang. Baru la dia buka semak, pastu cakap, ok dah lengkap. Pastu tanya dah beli belum setem. Saya cakap belum. Ingat nak kena kuar pergi beli pulak, dia cakap kat dia ada jual, harga RM11. Bayar RM 111 dan diberi resit. RM100 cagaran. Diberi borang untuk sign setiap muka surat (macam sign S&P), page last kena sign, isi nama, nombor kad pengenalan dan jawatan. Saya tanya la jawatan apa,katanya jawatan di tempat kerja. Kalau yang kerja sendiri, nak isi jawatan apa la agaknya.


Then selesai, pemasangan 3 ke 5 hari bekerja dan kena siap ada meter kat luar rumah. Yang tu memang ada di maklumkan oleh pemaju semasa ambil kunci. Saya kena inform pemaju selepas pendaftaran air. Pekerja akan pasang meter. Kalau pasang awal nanti hilang katanya.

Selesai semua dalam 1.15petang. Terus saya drive ke klinik semula.

Bayaran yang di kenakan :
TNB : RM 710
PBA : RM 111

Esoknya cuti public holiday. Pergi rumah sebab ada janji untuk ukuran dan quotation kitchen kabinet. Sampai je nampak dah ada meter elektrik. Ikutkan staf semalam, isnin baru nak pasang. Cepat dan pantas betul.

Isnin pergi tengok rumah, pemaju dah pasang kepala paip tapi meter air belum ada. Esoknya Selasa, tengok dah ada meter air. Selesai urusan air dan elektrik.


Lepas 2 minggu

Fius hilang
Terus mintak hubby beli sarung untuk paip,
Takut hilang yang ni lak.
Harga sarung ni RM25
Fius dah ganti baru, minta Abang Wan belikan. (Wireman yang guna khidmat untuk pasang kipas, tambah plug point)

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...