Thursday, April 14, 2016

Second pregnancy - third trimester

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, dah ke trimester terakhir. Fasa paling mencabar. Harap di permudahkan.

Minggu ke 28 - Minum air gula untuk kali kedua. Darah puasa ambil kat rumah sebelum subuh, di tempat kerja, ambil untuk yang kedua. Kembang kuncup je tekak nak muntah. Tahan la tak muntah, tak nak rosak result darah. Kaki dah start bengkak. Masa first pregnancy tak de pun camni. Ketat habis selipar pakai.

Dah masuk trim yang terakhir. Trim ni dah masuk fasa ketidakselesaan. Kerap kencing. Tidur je mesti dua kali bangun pergi toilet sementara nak subuh. Perut lak asyik cramp je. Anas dah kena cut bf. Bila bf mesti cramp. Nak ok balik memang take time. Kaki dah bengkak dari 27 minggu.

Minggu 30 - dah start packing baju masuk dalam beg. Ikutkan malas nak pack tapi risau gak jadi apa-apa. Tu pun tak abis kemas lagi. Mana yang jumpa je dulu.
 

Minggu 36 - Pindah rumah. Naik turun tangga rumah lama tingkat 3 dan rumah baru setingkat. Kami memang bengkak macam bom. Saya tengok pun gerun. Memang kali ni punya pregnancy banyak wat kerja. Kaki memang tergantung je. Dengan kemas barang masuk kotak, angkat barang masuk kereta. Hubby banyak buat tapi ada benda saya kena tengok juga.

Minggu 37 - Jalan-jalan ke KL, pergi Aquaria, KLCC, Ikea. Memang adhock punya plan. Bertolak lepas subuh, 3.30 pagi sampai rumah. Kaki bengkak jangan cakap la.

Minggu 38 - BIL dan biras datang rumah nak setel rumah diorang yang kami duduk dulu untuk urusan sewa lepas ni. Pusing 3 mall cari barang letrik untuk rumah tu. Dari tengah hari sampai tengah malam.

Minggu 39 - cousin hubby reception di KL. Masih belum bersalin dan kami attend. 


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...