Wednesday, May 25, 2016

Bonus Aidilfitri 2016

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus Hari Raya tiga perempat gaji atau minimum RM700

pix for pulau pinang LUAR
GEORGE TOWN, 21 MEI: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan atau Bonus Raya sebanyak tiga perempat bulan gaji kepada 1,486 anggota perkhidmatan awam negeri, dengan minimum RM700 seorang.
Berucap ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri di sini, beliau berkata, bonus berkenaan diberikan demi menghargai sumbangan dan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri.
“Ia juga mengambil kira kos inflasi dan peningkatan kos hidup yang begitu ketara kerana pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan),” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, bonus itu dinaikkan satu perempat, iaitu  menjadikan bayarannya tiga perempat bulan gaji berbanding setengah bulan gaji seperti yang diterima anggota awam negeri pada tahun lalu.
Keseluruhan perbelanjaan pemberian Bantuan Khas Kewangan atau Bonus Raya berkenaan dianggarkan berjumlah RM7.95 juta, dan akan dibayar kepada pihak yang terlibat sebelum sambutan Aidilfitri akan datang. – Roketkini.com

**sumber www.roketkini.com

Kerajaan negeri dah umum, persekutuan bila pula? 

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...