Wednesday, June 29, 2016

Pasang Turbine ventilator

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah dengar Turbine ventilator? Saya tak pernah tapi bila hubby tunjuk gambar, terus jadi tahu. Tapi apa fungsinya?


Fungsi turbine Ventilator  
  • Menyedut mengeluarkan  haba panas  matahari yang terperangkap di dalam bumbung rumah keluar supaya haba panas dalam bumbung tidak meresap masuk kedalam rumah.
  • Pemasangan airvent(ceiling vent) pada ceiling abestos/ceiling kapur amat penting untuk membantu mengeluarkan haba panas dalam rumah keluar melalui ceiling yang dah di tebuk. 
  • Tanpa Ventilator bahang panas tersebut masih di rasai walaupun  kipas di pasang. Ini kerana kebanyakan rumah dibina tanpa mengambil kira faktor pengudaraan.
  • Dengan ventilator udara dalam rumah lebih  segar dan nyaman,serta mencegah  bauan udara didalam bilik dan ruang tamu rumah
  • Mengurangkan habuk dan sesuai untuk kanak2 yang ada asma
  • Anda akan rasai nyaman berada di dalam rumah walaupun di waktu matahari panas terik,
  • Selesa di waktu malam kerana bahang panas tidak di rasai,membuatkan anda selesa tidur
  • Melindungi syiling kapur  dan syiling abestos rumah daripada merekah dan kekuningan kerana kepanasan haba matahari
Lepas hubby explain baru tahu fungsinya. Rumah kami ni memang terasa la bahangnya. Masa mula-mula pindah serentak dengan fenomena el nino lagi lah hebat penangan habanya. Baju berhelai-helai tukar. Hubby tanya pendapat saya nak pasang kat rumah ni. Macam-macam la soalan saya pada dia. Harga berapa? Macam mana pasang? Perlu permission developer ke? Bil elektrik nanti camna? Aircond dalam bilik camna? Berapa lama nak pasang dan pelbagai soalan lagi. Nasib la hubby sabar menjawab satu persatu soalan saya.

Harga depend pada company yang pasang ikut unit dan saiz yang diperlukan sebuah rumah. Saiz kecil banyak bilangan dan sebaliknya. Lagi besar rumah lagi banyak di perlukan. Company yang akan pasang dam sekejap je masa yang di ambil. Tak perlu kelulusan sesiapa, umpama install aircond la. Bil tak de kaitan sebab tak guna elektrik atau bateri. Guna angin je kot. Macam mana berfungsi entah la. Tentang aircond, hubby tanya company yang hire tu. Dia cakap tak de effect sebab aircond ke bawah, ventilator ke atas.

Lepas beberapa survey yang hubby buat dan dia pun dah deal, kemudian dia inform yang mereka akan datang pasang hujung minggu ni. Awal pagi mereka sampai, 2 orang. Mula-mula pasang di bumbung dulu. Untuk rumah kami perlu 2 unit sahaja saiz 24 inci.


Lepas tu di dalam rumah pula pasang airvent. Airvent di pasang di tingkat atas je setiap bilik. Semua sekali ada 8 airvent. 10 pagi selesai semua kerja dan ventilator terus berfungsi. Harga untuk semuanya RM1100. Waranty 10 tahun.

 2 Airvent di pasang setiap bilik di tingkat atas

Seminggu selepas pasang turbin ventilator, bahang panas dalam rumah semakin kurang. Tak rugi kami buat keputusan untuk pasang dan 10 tahun waranti yang diberikan berbaloi dengan apa yang kami bayar.


3 pendapat:

Jimi Rashdan said...

Assalamualaikum..
Saya perlukan pemasangan..
Nk berhubung dengan siapa, no telefon..

Sazli Rahim said...

UNTUK PEMASANGAN SILA HUBUNGI SAYA:-
MARKETING OFFICER.
SYAHRIL 018-2531262

Sazli Rahim said...

UNTUK PEMASANGAN SILA HUBUNGI SAYA:-
MARKETING OFFICER.
SYAHRIL 018-2531262

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...