Monday, August 29, 2016

Review novel : Antologi Aksi Bunuhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel ni sangat lama saya nak habiskan. Sangat sibuk, tiada masa nak baca. Cuti confinement 3 bulan dah babis pun masih belum tamat pembacaan. Padahal start baca masa pregnant lagi. Novel hasil dari 4 penulis. Saya beli sebab ada cerita Kak Lynn Dayana. Order sekali dengan novel antologi (lupa dah). Jom baca sinopsis versi olahan saya.

Sakura Samseng Jalanan - Lynn Dayana
Sakura, belajar di Sydney dengan ditemani Albert, pegawai peribadinya. Dia mendapat berita tentang ayahnya diculik dan mati dibunuh. Dia nekad berhenti belajar dan mencari pembunuh ayahnya. Disebabkan Sakura anak tunggal, empayar perniagaan ayahnya harus diambil alih olehnya.
Kes pembunuhan ayahnya dalam siasatan polis dan di kendalikan oleh Inspektor Shafik. Mereka pernah bertemu di lapangan terbang. Kuasa Sakura sebaga pengganti ayahnya dicemburui dan dia pula di buru. Shafik melindunginya tetapi Sakura tidak perlukan pertolongan beliau. Siapa pembunuh ayah Sakura? Siapa yang memburu Sakura?
Tren
Fatin menaiki LRT untuk bertemu dengan abangnya di Stesyen KL Sentral tapi malangnya dia antara 20 orang tebusan. Penjenayahnya sepasang suami isteri berbangsa cina dan telah berumur. Mereka ingin membalas dendam pada Insektor Shahila yang telah membunuh anak mereka, seorang along yang telah mencabut banyak nyawa pelanggannya. Campur tangan pokis yang diketuai okeh ASP Yusof yang pernah menjalin hubungan dengan Inspektor Shahila tetapi kini tunangan Fatin. Siapa dalang di sebalik kejadian itu?
Cinta Top Secret versi 1.0
Jade ditugaskan dalam mjsi pengeboman di Sydney Harbour, Australia tetapi di panggil balik kerana namanya dalam senarai ejen Olga jika dalam bahaya. Olga yang di cintainya tetapi tidak dapat dinyatakan kerana perbezaan agama. Olga menyebabkan Jade harus selesaikan misi di sebalik kematian Olga. Dapatkah Jade selesaikannya?
Jejak Hantu
Kisah berkenaan anggota polis yang terpilih sebagai skuad khas untuk menyiasat kes berprofil tinggi. Adam Iddin terpilih sebagai anggota Jejak hantu. Adam menyamar sebagai pengawal keselamatan dan berkahwin dengan Pea, PA Dato' Azhar. Dengan Pea dia menjadi Adam dengan peribadi lain. Adam Iddin berjaya membongkar rahsia Dato' Azhar dengan bantuan Pea. Dia juga sibantu oleh Lea yang dahulunya menjadi orang suruhan Dato' Azhar. Lea di kurung setelah arahan mereka ditentang tetapi dibebaskan oleh Jeremy. Dia ingin berubah menjadi baik dengan bantuan pak Ibrahim. Di kampung pak ibrahim dia bertemu mayat kembarnya, dan sejak itu dia bertukar identiti menjadi kembarnya. Di situ dia bertemu dengan suaminya yang juga pernah ingin membunuhnya. Bagaimana kisah merek berakhir?


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...