Thursday, January 19, 2017

Resepi Makaroni Cheese bakar


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ni nak share resepi makanan kegemaran saya. Untuk rujukan next time nak buat. Ini kali kedua saya buat. Saya follow resepi Kak Su. Saya kenal makanan makaroni cheese dari dia la. Sanggup redah highway dari Butterworth ke Sungai Petani semata² nak beli. Kak Su baked di rumahnya di SP. Kalau nak beli, kena pergi sana. Kadang² ada la COD di Kepala Batas rumah mak dia. Lepas tu dia dah jarang buat menu ni. Ada juga saya beberapa kali beli pada baker yang lain tapi rasanya tak sama. Beberapa kali google cari resepi tapi versi di internet tak sama macam yang Kak Su buat.

Ok, stop bebel. Jom tengok resepi. Nak buat renyah sikit. Banyak step. Dengan anak kecik ni memang lagi lambat la siap. Resepi ni terbahagi pada tiga. Sos bolognese, sos bechamel (putih) dan makaroni.

Sos Bolognese

Bahan²
1 botol sos tradisional Kimball
200 gram daging kisar
1 batang lobak merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang holand

Cara²
  • Blend bawang² dan lobak
  • Tumis bahan blend dengan minyak
  • Masukkan daging dan sos
  • Lebih kurang 7-8 minit tutup api.


Sos Bechamel

Bahan²
1 kotak susu
½ cawan tepung gandum
1 senduk margerin
Garam
Mixed herbs
Lada sulah
Cara²
  • Cairkan marjerin. Marjerin biar banyak baru tepung tak berketul².
  • Masukkan tepung dan kacau². Jangan bagi ketul².
  • Masukkan susu, garam, mixed herbs dan lada sulah.
  • Tutup api bila dah menggelegak.

Bahan² lain

500 gram Makaroni
Air
Minyak garam
Mozarella 200gram

Didihkan air. Masukkan garam dan minyak.
Masukkan makaroni.
Dh kembang, toskan.


Pembantu di dapur


Cara buat makaroni cheese


  • Sediakan bekas. Macam saya beli di kedai bakeri bekas aluminium siap tudung tu. Senang nak simpan.
  • Masukkan sos bolognese di lapisan paling bawah. 
  • Diikuti dengan sos bechamel.
  • Kemudian makaroni.
  • Boleh je nak ulang² beberapa lapisan. Tapi saya buat semua selapis sebab bekas tu tak berapa nak tinggi. 
  • Last sekali tabur cheese.
  • Simpan dalam freezer. 
  • Nak makan, masukkan dalam oven. Saya guna microwave je. Panaskan 7-8 minit guna temperature paling low. Bergantung kepada microwave masing² la ye. Kalau cheese dah cair habis, bawah tak sejuk boleh dah la makan.


Saya sedia 10 bekas seperti di atas. Sos bechamel dan mozarella cukup untuk 5 bekas je. Kalau nak seragam semua double kan lah sukatan sos bechamel dan mozarella cheese ye. Sos bolognese dan makaroni memang lebih banyak. Siap saya makan untuk dinner lagi. Nak teruskan juga habiskan semua, saya masak sos carbonara dan gantikan dengan bechamel. Kebetulan dekat rumah memang ada prego carbonara. Untuk mozarella, saya ganti dengan cheese slice.

Selamat mencuba 😊

Notakaki selepas makan. Sos putih versi susu + tepung rasa tawar dan tak best. Versi prego karbonara lagi best. Sebelum ni buat sos putih guna prego cheese & herbs.

1 comment:

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...