Wednesday, January 18, 2017

Resepi tofu telur masak sos tiram


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom nak kongsi resepi mudah dan ringkas. Sesuai untuk di masak oleh ibu² yang sibuk. Sibuk uruskan anak dan hal rumah tangga. Ini kali pertama saya masak resepi ni. ToFu telur pun tak pernah beli. Makan selalu la. Kat tempat kerja selalu beli. Tapi mahal. 3 potong tu dah RM2. Padahal nak buat mudah je. Ni dah pandai buat, boleh la buat lagi nanti.

Bahan² (untuk 2 orang makan sekali hidangan)
Tofu telur (1 boleh dapat 8 potongan)
2 ulas Bawang putih
1 labu bawang merah
Halia
½ kiub ayam
Cili merah
Cili api
Telur 1 biji
Sos tiram 2 sudu besar
Lada sulah
1 sudu teh tepung jagung
1 cawan air
Cara² masakan
  • Panaskan minyak dan goreng tohu. Dah masak 1 side, balikkan ke 1 side lagi guna sudu. Baru tak hancur. Dah masak, ketepikan tohu.
  • Guna minyak yang sama, tumis bawang putih, halia, cili merah dan cili api. 
  • Masukkan air selepas bahan tumisan naik bau.
  • Tunggu hingga air menggelegak dan masukkan sos tiram bersama kiub ayam.
  • Pecahkan telur dan kacau² supaya telur hancur dan tak berketul.
  • Tambahkan lada sulah.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi likat. 
  • Akhir sekali masukkann tofu telur dan tutup api. 

Dah masukkan tofu, jangan banyak kacau, nanti hancur telur.
Saya tak masukkan garam sebab sos tiram dan kiub ayam dah masin.
Tepung jagung jangan banyak sangat. 1 sudu teh dah memadai. Bancuh dengan sedikit air je. Kalau banyak sangat nanti rasa mual nak makan.
Sedap makan masa panas².



No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...