Tuesday, January 31, 2017

Review novel : Poskad


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel ni beli bukan dari suggestion sesiapa. Penulis pun not familliar. Beli sebab dah tak de stok novel nak baca. Sudahnya busy dan tak sentuh langsung berbulan-bulan. Beli masa pregnant, Auni dah 10 bulan baru selesai baca. Not bad juga karya penulis yang baru saya kenal ni. Mungkin boleh cari hasil karyanya yang lain. So far ok, cuma saya rasa terganggu dengan word "tersengih monkey". Banyak di guna kan. Lain² just nice. Macam biasa watak hero mesti handsome nak mati dan gilaan semua.

Sinopsis
Nurmaisa, Ais, anak dari isteri kedua. Kehidupannya penuh cacian dari ibu tiri sejak ibu dan neneknya meninggal. Dia menjadi dingin, pendiam. Sifat itu terbawa hingga di melanjutkan pelajaran. Semester akhir dia mengikuti program sukarelawan untuk penduduk orang asli. Dia berkerjasama bersama team seuniversitinya di mana Ahmad Redha Ihsan juga mengikuti program itu. Sun, terkenal sebagai bekas presiden universiti, sweet talker dan good appearance. Sentiasa dikelilingi wanita dan Ais menggelarnya sun orbit with planet. Ais yang dingin menarik perhatian Sun. Ais tidak cair padanya. Kejadian diherdik teman wanita Sun menjadikan Ais lebih dingin. Dia ingat kata² Sun padanya. Cuti semester menyebabkan Ais menghabiskan masa di rumah. Ibu tiri dan kakak tirinya tidak suka dan mencacinya. Peristiwa di ugut oleh ibu tirinya membuatkan Ais nekad untuk menerima tawaran papa untuk melanjutkan pelajaran. 6 tahun dia membawa diri di negara orang. Dia pulang ke Malaysia atas desakan majikannya. Dia menyewa bilik di rumah Puan Raja kerana merahsiakan kepulangannya. Rupanya Puan Raja adalah ibu Sun. Ais terus dingin dan Sun telah berubah. Berita kepulangan Ais menyebabkan Ais di caci oleh ibu tirinya. Peristiwa itu di dengari oleh Sun. Tetapi Ais masih berlagak seperti tiada apa. Ais diserang Alin apabila berita dia menjadi isteri kedua diketahui ibunya.

Dapatkah Ais terus berlagak dingin dan tenang? Bagaimana kesudahan hubungannya bersama keluarga? Adakah Sun pasti rasa hatinya pada Ais?

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...