Tuesday, February 21, 2017

Dinner di Royale Bintang Penang.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sabtu lepas kami berkesempatan dinner di Royale Bintang Penang. Baucar untuk dinner ni dapat masa menang contest lepas. Beberapa kali tunda nak pergi dinner atas beberapa sebab. Sabtu lepas tu last date, camna pun kena attend kalau tak, burn la baucar tu. Yang kalj ni pun ingat macam nak cancel sebab 3 hari sebelum date, hubby accident. Hari Jumaat tanya dia camna, dan dia cakap ok boleh pergi. So, here we go.


4 petang bertolak dari rumah. Dinner mula 7 malam tapi driver ajak gerak awal. Naik feri. Feri memang waktu menunggu sangat lama. 5.45 petang baru sampai ke Pulau. Pusing Padang Kota se round. Then, baru masuk hotel. Siap² masuk parking. Tiba di lobi hotel 6.15. Awal sangat lagi, singgah tanya di lobi. Boleh je nak ke cafe. Kebetulan kami dua belum solat Asar. Saya dan anak² masuk ke cafe dan husband pergi solat. Surau tingkat 1, atas cafe. Mudah sangat. Tandas, surau berdekatan. Cuma surau tu kena naik tangga yang tinggi dan curam. Husband guna crutches, agak bahaya bagi dia.


Sambil menunggu husband, saya layan anak². Nak ambil makan segan la pula. Awal lagi kan. Tulis kat situ makan bermula 7 malam. Anas ajak pusing² sekitar cafe dan dia nampak buah. Ambil kan untuk dia. Husband sudah solat, berganti dengan saya pula. Sempat la ambilkan sotong kangkung untuk husband. Banyak menu ada. Customer pun tak ramai. Tak crowded. Ada sate, popia, kebab, nasi ayam, nasi briani, kari ikan, udang, sup ayam, kuih-muih, loklok, rojak, keropok kering, bread butter puding, kek, sagu gula melaka dan banyak lagi makanan jalanan. Husband cakap bagus menu. Kena dengan tekak dia, dia suka la. Air panas ada teh tarik je dan ais kosong. Air warna² lain tak de.


9 malam, kami dah kenyang. Anas pun dah ajak balik. Auni dah lena seround. 70% dari makanan saya try. Ada yang tak sempat try. Perut dah full. Tak pe, next boleh beli baucar di groupon half price. Kali ni sebab menang contest. Lepas makan, tunjuk kupon parking di lobi dan bayar RM5 untuk parking. Kalau tak kena bayar RM80 😑

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...