Friday, March 31, 2017

Check Up Anas Syauqi 4 tahun, Auni Suraya 1 tahun dan Refer Dental

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Akhir Mac 2017, appointment Auni Suraya untuk vaksin 1 tahun. Anas kena next month. Saya request untuk sekalikan je bulan Mac. Walau bersoal jawab banyak kali dengan PPK yang daftar, dapat juga sekalikan appointment mereka. Peraturan registration pun dah berubah. Tak perlu dah register di kaunter depan. Sepenuhnya di bahagian ibu dan anak. Lepas dapat nombor, timbang berat, jumpa nurse untuk perkembangan. Untuk perkembangan semuanya normal kedua-dua mereka. Auni dirujuk pada doktor berkenaan berat badan. Anas pun berat tak capai target tapi sebab dah pernah ambil darah dan jumpa pakar pemakanan, tak perlu dah.

Lepas tu Auni di cucuk then baru jumpa doktor. Sekejap je jumpa doktor. Tanya serba sikit pastu tulis borang jumpa pakar pemakanan dan borang darah. Kena ambil temujanji di kaunter PPK masa awal-awal daftar tadi. Saya cakap nak buat semua di tempat saya. Tapi bila tanya berkenaan date appointment dia naik hantu. Sudahnya, saya setel sendiri je dengan nurse di dalam. Isu sama macam awal-awal, nurse bagi appointment Auni bln April, doktor bagi Mei. Saya minta sekalikan je jadi Mei sama dengan Anas sebab April tu nak monitor berat je, bukannya nak ambil vaksin. Tapi dia kata tak boleh. Saya mengeras nak juga jumpa nurse. Biar nurse buat decision, bukannya dia. Saya betul, nurse sekalikan je Mei, boleh tengok result darah sekali. Lepas selesai bertengkar, naik tingkat atas bahagian pergigian.


Anas dulu check gigi then baru Auni. Auni ok, tak de masalah. cuma nasihat untuk guna berus gigi untuk biasakan dia. boleh guna ubat gigi dewasa dan guan kain untuk cuci. Gigi geraham Anas ditampal. Ada lubang sikit bahagian kanan. gigi depan bahagian belakang nampak macam nak rosak dah. tapi tak leh tampal. Lepas tampal gigi, di beri beberapa nasihat. Ilmu baru untuk kami. Anas dah boleh guna ubat gigi dewasa dalam kuantiti sedikit. berus gigi sebelum tidur. Kumur selepas makan atau minum air masak. Untuk gigi Anas dan Auni perlu jumpa bahagian pergigian setahun sekali. Anas tak menangis pun masa prosedur tampal. Saya yang risau. ^_^

Anas Syauqi

Berat  11.5kg (bahagian kuning)
Tinggi : 97cm (normal)
BMI : 12.4 (bahagian kuning)

Auni Suraya
Berat  6.3kg (bahagian kuning)
Tinggi : 66cm (bahagian merah)
BMI : 14.4 (normal)
Lilitan kepala : 43cm (normal)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...