Monday, April 10, 2017

Celebration Auni 1st Birthday, check in Hotel Sunway


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
27/3/2017 Auni Suraya genap umur setahun. Lepas sambutan hari jadi di rumah, kami check in Hotel Sunway. Hotel ni dapat masa Lucky Draw New Year 2017. Dapat free 2D 1N stay dan breakfast. Sebab busy bertangguh nak check in. Lagipun baucar itu valid semasa weekday yang bukan cuti sekolah. Lastly decide untuk check in hari birthday Auni. Sekaligus rehat selepas kenduri.


Seminggu sebelum birthday Auni pergi hotel untuk booking. Proses check in sekejap je. Bagi date untuk check in bersama IC. Sementara selesai proses booking, welcome drink di sediakan. Saya di beri nombor booking untuk dimaklumkan semasa check in nanti. Check in time 2 petang tapi kami sampai lambat sikit. Uruskan hal di rumah. 2 lebih baru check in tapi bilik tak ready lagi. Kena tunggu 10-20 minit. Kami pergi makan dulu. Bilik yang dapat Deluxe Room. Boleh pilih nak 2 single bed atau 1 katil king. Saya pilih king. Parking di sediakan dalam hotel. Parking bertiket. Nak keluar dari hotel, tunjuk kad parking pada kaunter reception dan tak perlu bayar cas parking.


Sementara tunggu bilik siap kami pergi makan. Malangnya laluan yang kami guna untuk pergi makan tu sangkut. Semua kereta di laluan tu terperengkap. Hujan lebat sebabkan banjir dan ada kereta yang rosak. Hampir 1 jam juga kami di situ. Masa husband redah tu tawakal je. Banyak kereta tak berani jalan, air agak tinggi. Alhamdulillah selamat. Kami patah balik ke Seberang Jaya. Masuk Sunway Carnival, makan di Kopitiam Classic. Lepas makan, kembali ke hotel. Pick up kunci dan masuk bilik.


Bilik kami di tingkat 4. Bilik first lepas keluar lif. Mudah betul. Masuk bilik, seperti yang request, king bed. Pemandangan dari tingkap tiada yang menarik sebab Hotel tengah town. Dari pintu masuk terus nampak bilik air, shower room, sink dan toilet. Agak luas bilik air. Di sink di sediakan towel, face towel, hair dryer  tooth brush, soap, vanity kit, shower cap.


Then katil dengan 4 bantal, ada extra bantal dalam wardrobe. Kiri kanan ada side table. Televisyen hang on wall dengan standard astro channel. Kemudian wardrobe dengan laundry bag, hanger, slipper. Make up table ada coffe maker bersama 2 cups. Bahagian bawah mini fridge. Bertentangan dengan make up table ada meja dengan lampu study. Bilik selesa dan just nice untuk rehat. Cuma hotel takde pool. Anas kalau masuk hotel, itu la yang tanya dulu. Hotel ni banyak di gunakan untuk conference, seminar. Fully book sepanjang 2hari kami di sini.


Dalam bilik ada penunjuk arah kiblat. Malangnya saya terlupa bawa telekung dan solat di surau di level 2. Sebab dah pernah dinner disini, saya tau selok belok hotel dan tak risau berseorangan. Lepas solat Maghrib kami pergi Eco cawangan baru dibuka. Saja bawa Anas ke sini, dah janji dengan dia masa siang. Beli sekali stok makanan minuman untuk kunyah-kunyah dalam bilik malam nanti. Untuk dinner, kami order Mcdonald je. Husband tapau Nasi Ayam dari food court Seberang Jaya. Malangnya saya order burger Mcd lain, yang dapat lain. Dah masuk bilik, makan la juga. Letih sangat malam tu tidur awal la jugak. Anas dan Auni yang seronok lebih, Dekat 2 pagi baru dua-dua tidur.


9 pagi turun breakfast. Menu yang ada nasi lemak, bihun goreng, salad, omelette, bubur nasi, ham daging, sosej, cereal, mee kuah, mee sup, rendang ayam, teh tarik, jus mangga, kopi, kek dan banyak lagi. Banyak pilihan untuk makan. Waktu makan dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Habis makan kami naik bilik mandi dan siap² nak check out. 11.30pagi check out dan gerak ke destinasi seterusnya menguruskan hal² dunia. 😎

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...