Monday, April 22, 2024

Review Drama : True Beauty

 


Drama yang ditonton di Netflix, 16 episod. Kisah budak sekolah, ada cinta jugak, kelakar pun ada. Ringan2 je la kisahnya.

Sinopsis

Siri ini mengisahkan Lim Ju-kyung, seorang pelajar sekolah menengah yang sentiasa mempunyai masalah tentang penampilannya sejak kecil. Untuk menyembunyikan wajahnya yang terdedah, dia mula memakai solekan tebal. Kemahiran solekan yang sangat baik meningkatkan kecantikannya, dan memujuk orang lain bahawa wajahnya yang cantik dan bersolek adalah penampilan semula jadinya. Dia berkawan dengan rakan sekolah menengahnya Lee Su-ho, seorang lelaki yang kaya, tetapi dingin, dan Han Seo-jun, seorang pelajar yang agresif dengan bakat yang baik. Plot ini mengikuti Ju-kyung semasa dia melayari kehidupan seharian dan matlamatnya untuk menjadi pakar kosmetik.


Rasa stress boleh la layan drama ni. Enjoy je

Thursday, April 18, 2024

Review Drama : A Shop for a Killer



Drama 16 episod yang saya tonton di Disney Hotstar. Tengok sebab heronya je. 

Sinopsis

Seorang anak saudara yang kehilangan ibu bapanya dan dibesarkan di oleh bapa saudara. Bapa saudaranya yang mengendalikan pusat beli-belah. Dia terpaksa menerima kebenaran selepas kematian mengejut bapa saudaranya.

Monday, April 15, 2024

Photoshoot Raya 2024






Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahun ke 11 kami buat photoshoot Raya dengan Krypicture studio. Diorang open slot terus book. Deposit RM50. Bagi date, time dan terus confirm. Hari kejadian lepas solat Maghrib terus masing-masing siap. Siap awal sebab nak take time nak pakiakan tudung untuk Auni dan sampin untuk Anas. Tepat 10 malam sampai studio tapi ada yang tengah shoot. Sembang-sembang dulu dengan Abang Keri sementara tunggu family tu settle. 10.30 gak baru mula sesi kami.








Ada 2 deco, 1 arabic, 1 moden. Kami pilih yang moden walaupun arabic tu cun. Rasa arabic tu tak kena lak dengan baju kami. Sesi photoshoot bermula jam 10.30 malam dan berakhir 1 jam selepas tu. Walaupun ikut poster shoot for 20 minit je tapi sambil shoot, sembang dan tak de orang lain queue, boleh la drag time sikit. Diorang lak nak make sure pose wajib ada. Contoh pose berseorangan, couple, anak2. Kalau nak request pose camna pun diorang layan je. Lepas shoot, bayar baki RM100, sembang-sembang jap dan gerak balik.






Lepas 3 hari dapat link untuk download gambar di google acount. 97 gambar ada. Tak semua jadi, ada yang sorang pejam mata, ada yang tengok ke lain. Tapi almost jadi la kebanyakannya.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...