Thursday, May 19, 2016

Newborn Photoshoot - Auni Suraya


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya sebenarnya sangat kurang persediaan untuk second pregnancy / child ini. Banyak barang Anas masih boleh di gunakai. Rasanya saya beli barut 10 helai dan baju newborn 2 pasang. Tambahan pula sibuk uruskan kemasukan rumahp baru. Newborn photoshoot (NB) pun tak de plan nak buat sebab bajet kurang. Huhuhu. Banyak duit labur ke rumah baru. Pastu fikir tak adil la pulaK kalau tak buat sebab kat abang dia buat, tambahan pula anak kali ni girl. Persiapan barang untuk dia pun tak de. So,  nekad la saya nak cari juga photographer nak shoot. Fikir dalam hati,  bebudak ni kecik sekali je. Ada gak la kenangan nak tengok nanti. Masa decide nak buat NP ni, saya dah bersalin, masa tu hari ke 4 kot.



Firstly, saya message photographer yang saya pernah guna khidmat dia. Mula-mula dia reply, tanya date nak buat, bila saya minta quotation terus tak reply. Ada juga saya tanya update tapi still tak reply. Kat FB, ada je update, maka sendiri paham la. Pastu saya whatsapp OP yang memang specializes bahagian NP, tengok harga dia, menanagis. Hubby awal-awal cakap NO. Then, blur nak hire sapa. Teringat kawan hubby ada buat NP dulu. Minta contact number OP. Hubby contact tapi malangnya dia dah tak shoot sekarang. Dia bagi satu nombor kawan dia yang memang buat NP. Hubby contact dan dia available date yang saya pilih. Harga pun reasonable. Ada 2 pakej dan tengah promosi sekarang. Jimat RM250. Haruslah pilih pakej yang lebih murah. Beza antara 2 pakej tu saiz album dan kepingan print yang dapat je. Bagi saya tak de masalah pun kalau dah ada soft copy, leh je create album lain. Grab je kat groupon nanti. Rajin dengan malas je nak godek buat. Masa Anas dulu pun ambil shoot and burn je. Gigih la godek application photobook create album.


Masa tengah message tu dan dah confirm nak ambil pakej di atas,  saya diberi lagi diskaun. Alhamdulillah, rezeki Auni. Tanya tentang payment. Katanya biasanya orang booking awal sebelum bersalin, masa tu buat payment 50%, baki dibayar 1 hari sebelum shoot. Saya ni dah nak guna servisnya next week. Lepas tu dia ada beritahu yang dia juga boleh cukur rambut baby dan bayaran ikhlas. Saya masa tu memang ada deal dengan kakak yang mengurut untuk sekalikan cukur sebab dah tak tahu nak minta siapa buat dengan bayaran RM75. Discuss dengan hubby, dia cakap elok je bagi OP ni yang cukurkan sekali tahnik.

Esoknya, hubby bank in full payment untuk NP kepada si OP dan isnin, 10 pagi, dia datang rumah untuk shoot. Saya duduk dalam bilik, ada la turun sekali dua. Lainnya hubby bawa naik Auni untuk breastfeed (BF). Auni crancky dan tak bagi kerjasama. Dia minta stop dan shoot lain hari Sabtu. Rambut pun cukur hari tu.


Sabtu, seperti yang dijanjikan OP datang bersama temannya. Malam sebelum tu, dia ada message hubby beberapa cara nak pastikan baby ok untuk shoot esok. Antara yang saya ingat, kejut baby 8 pagi, main-main dengan baby. 9 lebih tu bagi mandi, susu dan tidurkan baby. Tujuan nak bagi baby letih dan dalam mode deep sleep masa photoshoot. Alhamdulillah, Auni bagi kerjasama. Kata mereka, beberapa shoot yang susah dapat capture.

Habis shoot, sesi cukur rambut dan tahnik. Kami diminta untuk sediakan air zam zam, kurma dan pisau cukur 3 (OP suggest brand pisau cukur yang lembut dan mudah guna). Lebih kurang 4 petang baru selesai semua.


Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan servis yang diberikan. Mereka sediakan semuanya A to Z. Dari props, (props sangat banyak) position baby dan lain-lain. Saya cuma susukan baby je. OP berpengalaman, dia tahu semua shoot dan ahu handle baby. Langsung tak gunakan tenaga saya, yang tengah berpantang minggu ke dua ni. Harga pun berpatutan.

Lepas sebulan, album siap. Datang delivery kat pintu rumah lagi. Mana nak cari servis camtu? Siap dapat extra ++ 4R digital print. Recommend sangat.


No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...