Alhamdulillah, makin seronok pula dengan hobi ini. Tiap bulan terima sekurang-kurang 10. Hadiah saguhati dan biasa-biasa saja. Teringin juga nak yang besar, grand prize tapi masih belum ada kekuatan nak hard core join. Yang penting kena pasrah kalau kalah.
1. Vivo Pizza
Share je post mereka, rasanya sapa yang join dan ikut arahan menang. Akaun saya dan hubby dapat. Tapi kami miss date collection. Bertangguh nak pergi ambil, sudah nya terlepas. Tak de rezeki kami.
2. Laurier sample
Request di website
3. Pasta Jalanan
Giveaway anjuran fanpage Pasta Jalanan. Komen dan share pada pos giveaway. Fb hubby yang bertuah. Lepas umum terpilih, pergi claim hadiah di gerai mereka di Pasar Ramadhan. Dapat Cola Kedah dengan pasta pilihan kita.
4. Essenso for you
Giveaway yang join bulan 3, pengumuman pemenang awal April. Jun baru saya tengok Fanpage Essenso. Dah terlambat untuk claim hadiah. TnC hanya 5 hari selepas announcement.
5. Pure Beauty - woop
Register dan buat mission. Complete 3 mission dapat trial kit. Trial kit ada sample day and night cream. Baru try pakai 2 hari. Belum nampak kesan lagi.
6. Bionic sampel + baucar
Sampel dapat claim dari Fb Bionic. Ada juga baucar RM5 diskaun untuk pembelian produk Bionic di Guardian. Saya ada menang giveaway anjuran Bionic beberapa bulan lepas, dapat sampel 3 jenis pencuci muka Bionic. 2 dah cuba.
7. Redeem point woop
Tengok woop dah tak banyak kempen macam dulu, setiap minggu saya claim apa yang boleh claim. Barang yang boleh claim pun tak banyak dan tak nampak berguna pada saya. Baucar Aeon ni memang nampak boleh guna la. Dalam wallet ada 4 keping belum tebus. Tak de expired, so tak risau. Tapi yang dari woop ni ada expired lak.
8. Shopee - Beautymate Mask
Like fanpage Shopee, follow Shopee, create ID dan jadi yang bertuah.
9. Kastam - Jom minta resit
Kempen start April. Kunpul resit yang kena caj GST, key in details di website / apps. Cabutan dwi bulanan April dan Mei. Nama hubby sangkut. Banyak juga yang kami submit. Dapat hadiah baucar ja. Tak de rezeki untyk hadiah lebih besar. Cuba lagi bulan-bulan akan datang. Hadiah collect di pejabat kastam ikut negeri.
10. 11street - #LebaranLubster
Share entri tu dengan caption kenapa nak menang baju tu. Pastu minta like di post yang share tu. Post yang saya share paling banyak like kot. PM mereka details. Hadiah kena collect sendiri di KL, nak hantar wakil pun boleh. Saya request untuk pos tapi tak boleh. Lastly, staff call dan saya inform masalah saya, dia cakap boleh ambil bila-bila yang saya pergi KL.
Finally, Oktober pick up Di ofis 11street sendiri. Cantik kainnya, material pun bagus. |
11. Free gift dari Kedai Ummi
Kali ke dua beli kek lapis kat Kedai Ummi. Kali ni beli dapat free gift.
12. Redeem woop
Kali ni 2 sekali dapat, cereal dan baucar AEON JUSCO. Bulan ni dapat 3 barang redeem dari point woop. Seminggu boleh redeem satu barang. Rasanya redeem masa April kot. Jun baru sampai barangnya. Point ada lagi 3k, barang dah tak de nak redeem. Tunggu la, kot ada kempen baru nanti.
13. B.liv Mask Giveaway
Anjuran FB B.liv, ada step-step yang saya dah tak ingat 😑, pastu dapat PM kata berjaya dan minta detail. Lepas 2 minggu sampai hadiah.
14. Survey gift - Laurier
Jawab survey kat link di FB Kaolaurier. Ini kira reward dari maklum balas. Bulan bila ntah jawabnya. Dah tak ingat.
15. Tshirt Rejam
Anjuran FB Rejam. Like page, post dan share. Saya antara yang bertuah. Malam bagi details, esoknya dah pos hadiah.
16. Sampul duit raya - Durian Property
Tinggalkan details di link yang ada kat FB Durian Property
17. Sampul duit Raya - Kereta sewa Johor Bharu
Bagi details di post untuk giveaway ni.
18. Mamee Chef cup sampel
Limit untuk 1000 yang pertama daftar.
19. Lipton - Sure Kay Emergency Kit
Anjuran FB Lipton, tag kawan di post, 100 kawan yang terawal PM Lipton akan dapat kit di atas ni.
20. Milna - Father's Day Giveaway
Share poster Father Day di FB dan 3 yang bertuah dapat.
Malas rotate 😅 |
21. Jordan Asia Pacific -
Letak gambar pose bersama produk mereka. Saya dan hubby join dan akaun hubby bertuah.
22. Pevonia sampel
Jawab soalan yang ditanya di post dan rasanya semua yang jawab soalan tu dapat sampel.
23. Instagram #ContestDFarah
Like post, tag 2 kawan dan repost. Pemenang di pilih berdasarkan lucky draw dan saya antara yang bertuah. Susah saya nak bertuah kalau cabut-cabut nama ni. Boleh kira denga jari berapa kali menang. Rezeki Bulan Ramadhan agaknya.
24. Sampel bedak Pixy
Keluar post kat FB Pixy, register details untuk dapatkan sampel. Apa lagi, grab je.
25. Ceria Aidilfitri Aeon
Nama hubby menang untuk minggu ketiga. Tonton video dan jawab soalan, isi maklumat peribadi beserta outlet Jusco yang berhampiran. Ogos baru terima panggilan untuk pick up hadiah. Hadiahnya baucar Jusco Rm100
Alhamdulillah, saya rasa bulan Jun 2016, bulan yang paling banyak saya dapat barang percuma, baik dari contest, giveaway atau sampel. Berkat Ramadhan. Syukur sangat-sangat.
No comments:
Post a Comment
Thanks :)