Friday, September 23, 2016

Jalan - jalan Penang - Pulau Aman


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hujung minggu lepas cuti panjang. 3 hari kira panjang la. Jumaat Hari Malaysia, sepanjang hari bersama keluarga in law. Sabtu ke Pulau Aman. Rancangan ayah saya. Mereka bermalam tapi kami tidak sebab ada rancangan lain hari Ahad. Seawal jam 8 pagi bergerak keluar rumah. Mulanya kami sarapan di kedai mamak. Kemudian berjumpa di Jeti Batu Kawan. Semua dah tiba. Lepas turunkan barang, parking kereta dan terus naik bot. Tiket ayah dah beli sebelum kami tiba dengan harga RM7 untuk perjalanan 2 hala. Naik bot biasa saja. Jangan la membayangkan feri Langkawi. Perjalanan kejap je. Tak sampai 10 minit. Cukup 12 orang bot jalan, walaupun ditulis perjalanan bot sejam sekali. Bot bergerak seawal 7 pagi hingga lewat 7 malam.

Sampai di Jeti Pulau Aman, cari port nak letak barang. Sebabnya check in masuk chalet 1 petang. Dan masa tu baru 9 lebih. Lepas tu jalan-jalan cari lokasi nak lepak. Ayah nak menjala, tangkuk ketam. Dah dapat tempat selesakan diri dan lepak sampai waktu check in. Sempat la adik dan sepupu saya cari siput. Hubby pun menjala. Anas dan anak sedara lain mandi air laut. Lain-lain sembang je. Saya sempat juga jalan-jalan snap photo.

12 lebih gerak semula ke tempat letaK barang. Makan tengah hari dulu kat kedai situ, pastu masuk chalet. Sambung aktiviti memancing dari balkoni chalet. Suami seronok tangkuk ketam. Lebih seronok bila berhasil dan terus direbus makan. 6 petang kami gerak balik ke seberang. Kejap je tunggu bot. Ingat nak pusing - pusing area situ nak bergambar tapi Anas mood tak ok. Dia mengantuk. Pagi bangun awal, pastu letih berendam dan mancing ikan. Sampai seberang je terus lena masa dukung.


Itu saja cerita cuti hujung minggu kami ke Pulau Aman. Bagi peminat makan laut boleh la ke sana. Sawa kesana sejak zaman sekolah rendah lagi. Sampai dah kenal semua pelosok kampung tu. Perkampungan kecil saja. Banyak hasil laut. Ada beberapa kedai makan tetapi jangan terkejut dengan harganya, tambah-tambah di Restoran Terapung. Dah lama tak makan di situ tapi kali terakgir makan memang mahal dan tak mesra pelanggan melayu. Ada pengunjung yang pergi situ dan singgah chalet kami juga ada beritahu benda yabg sama. Restoran yang kami makan tengah hari, berbaloi dari segi rasa. Sedap nasi goreng udang yang saya makan. Tentang harga tak pasti sebab kami makan 9 orang dengan pelbagai menu. Untuk 9 orang makan RM127.50. Suami saya saja makan mi udang + nasi goreng biasa. Tapi itu semua ikut selera masing - masing. Bagi saya sedap, tak semestinya orang lain pun rasa begitu.



1 comment:

  1. salam kak..nice post...kak..nk tanya..camna nk dptkn no tepon chalet ye..ada nama x chalet tu? tq

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...