Thursday, December 8, 2016

November 2016 - Contest, Giveaway, Freebies, Free sample

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nampaknya hujung tahun prestasi barangan percuma saya merosot. November ni 2 minggu rumah saya tak dikunjungi pihak kurier dan posmen. Kecewa bila balik rumah tak nampak barang atas meja. Saya kena bersedia untuk zaman kejatuhan T_T
Tapi tak de la sampai sebulan tak dapat apa, dapat dari pengumuman penerima cuma barang tu ambil masa 2-6 minggu untuk sampai ke tangan pemenang.

1. Bio-essence sampel


Request di website dan dapat 30ml scar oil treatment.

2. Home Tester Club trial sample


Barang untuk di cuba dan buat ulasan di website. Kali ni dapat pencuci baju dan pencuci pinggan mangkuk. Dua² produk best guna. Wangi dan banyak buih.

3. Sampel Kleenex


Request di Facebook untuk produk baru Kleenex.

4. Sampel sabun percil dan comfort



Ni pek kedua dapat. Dapat bulan yang berbeza. Bulan lepas dapat nama husband, bulan ni baru dapat nama saya.

5. Sampel shampoo Dove


6. Hadiah penyertaan Crème Simon


 Dapat hadiah penyertaan sebab post produk mereka di Instagram bersama #7daysbrightchallenge

7. Sampel Perfume


Register di website www.zacopa.com.my dan terima sampel. Cepat juga tempoh masa sampel sampai dari masa register.

8. Honda Family Road Trip


Event yang menarik. Rasanya ini kali ketiga kami pergi. Kali ni lebih banyak aktiviti dan hadiah yang dapat. Best. Tunggu tahun depan lak.

9. Giveaway Ulayyah CRAFT




Giveaway di Fanpage Ulayyah Craft. Komen 'Saya Nak' dan komen sebelum admin komen 'stop' terpilih sebagai pemenang. Pemenang kena bayar RM10 kos pos. Hadiahnya handmade dan nilainya lebih dari yang di bayar.


10. TGV - The Dolls Giveaway


Giveaway anjuran fanpage TGV Cinemas. Kira bilangan Dolls yang muncul di video dan beri jawapan di komen. 



11. Jazz Santai Zone Photo Contest


Masa event Honda Road Trip, ada booth di sediakan untuk snap photo. Post photo di bahagian komen dan 3 gambar yang kreatif akan di pilih. Kami suami isteri join. Saya post gambar kami berempat dan suami letak gambar Auni. Gambar Auni terpilih.


Lebih sebulan tunggu hadiah tak sampai, saja la PM tanya. Katanya akan cek. Lepas seminggu terus hadiah sampai. Hadiahnya barang² Honda. Husband saya suka la hadiah camni. Nak buat koleksi katanya.








2 comments:

  1. Sis..macam mna nk dapatkan sampel dari home tester club ya?

    ReplyDelete
  2. Register di www.hometesterclub.com
    Rajin² check email. Bila ada produk baru untuk trial, admin akan inform. Klik link yang diberi dan jawab survey. Jawab survey sapai habis. Pemilihan untuk try sampel dari yang complete survey tu.
    Harap membantu.

    ReplyDelete

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...