Thursday, August 3, 2017

Julai 2017 - hadiah contest, giveaway, freebies, goodies dan free samplea

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Dah separuh perjalanan 2017. Sekejap saja. Diam tak diam dah 4 tahun saya join contest. Masih macam dulu. Join contest picisan je. Aim nak menang saguhati je. Tak berani nak berangan Grand Prize. Hadiah yang menang pun murah² je. Jadi la kan, top up sana sini. Join contest suka-suka je. Join sebab minat, part time je. Orait, bulan Jun yang saya suka banyak gak menang. Hehe. 2 stroller, wang tunai, hamper raya dan lain² lagi.

1. JSG Marketing


Giveaway di FB. Komen Selamat hari raya di post giveaway dan tag rakan.



2. Mystery draw WoodWorks


Join di post giveaway. Nanti dapat PM untuk pilih nombor. Admin buat cabutan. Saya dapat 3rd prize. Baucar 30%. Tak survey lagi nak beli apa.

3. MyMerries


Giveaway ni bulan April ke Mei join. Julai baru announce. Beri testimoni berkenaan produk dan 50 pemenamg terpilih.


4. Cocofood - Alaska Mineral coffee


Like, share page dan share post giveaway.



5. Dumex mamil
Share experience tentang anak-anak selepas gunakan Dumex Mamil. Yang terpilih terima inverted umbrella.



6. Sampel Ah Huat

Request di website Ah Huat.

7. Sampel Cellnique

 Request di website.

8. Sampel Enfamama


Request di website.

9. Home Tester Club - Cetaphil Baby

Register di website Home tester club. Terima email berkenaan produk baru untuk dicuba. Jawab soalan dan tunggu jika terpilih. Dah terima buat review.

10. Sampel Huggies Pant



Saya register di website huggies melalui link yang ada kat FB Huggies. Actually nak scarf. 100 pertama yang register dapat scarf. Tapi saya tak dapat pun scarf, dapat sampel je.

11. SmartHeart sampul raya giveaway


Masukkan butir peribadi di link yang diberi di FB smartheart dan saya terima sampul ni lepas raya.

12. Jayeon Aloe Vera


Dapat link request sampel di FB. Lepas terima sampel review produk dan kalau bernasib baik akan dapat hadiah lagi.

13. Peraduan Detik² Bahagia Raya Sedondon



Contets anjuran Gene Martino. Tiap kali raya ada buat. Kongsi gambar raya pakai baju GM dan kumpul like. Gambar paling banyak like ada potensi menang. Kami menang saguhati. Gambar pertama yang saya guna disqualified. Up lak gambar ke dua guna akaun husband. Banyak la drama contest ni. Yang guna autolike, tnc berubah last minit. Stress sangat kali ni punya contest. Apa pun alhamdulillah dengan hadiah saguhati.

14. Motherhood Spideybaby


Giveaway di FB Motherhood. Letak gambar anak dengan tema Superhero. Letak gambar 2 beradik ni. Gambar adik bertuah, terpilih dan menang. Alhamdulillah rezeki.


15. Newy Paris - Goergetown World Heritage City Day in Penang Giveaway


Giveaway anjuran Newy Paris di FB. Letak sebab kenapa suka kan Penang dan yang  bertuah menang genuine leather bag harga Rm599. Nama husband menang.



16. Ig Duitterbang giveaway


Giveaway di Instagram Duitterbang. Repost entri giveaway dan tag dua kawan. Komen di entry dan just my luck menang 2 shawl. Siap boleh pilih warna yang saya nak lagi.

17. Peraduan kisah Sentuhan Syawal Nivea


Letak gambar Raya dan kapsyen. Peraduan ini diadili ikut mingguan. Saya join 2 minggu dan tuah saya menang dua² gambar tu. Ikut TnC saya layak menang satu hadiah je. Kaau tak mudah nak menang saya join je guna acc Fb husband. Contest Nivea selalu join susah sungguh nak menang. Tu yang macam tak yakin nak join dua² akaun. Tak pe lah, janji menang 😆



18. Dockers #UltimateIronFree


Jawab soalan dan pemenang terima rebate RM50 untuk seluar Dockers.

19. Chewies malaysia


Kongsi tips pulang ke kampung dan 50 yang bertuah menang magnetik bookmark.



20. Home Tester Club - Eclipse


Macam biasa, jawab survey dan tunggu barang sampai. Guna dan bagi review.

21. Sampel Seven Seas Multivitamin


Join kempen Seven Seas kat woop dan terima sampel produk kempen ni. Complete mission dan kumpul point. Point boleh tebus barang.

22. Sampul duit raya - Follow me


Tak tau camna dapat. Nama husband, alamat kampung yang terima. Tak de nama company yg komersial pun. Google Tohtonku, naik Follow me. Terima saja la.

23. Sampel Sensodyne


Join program pledge your smile dan peserta terima sampel ni.

24. Jayeon Aloe vera gel


Lepas dapat sampel kecik kat atas tu, guna bagi review di FB Jayeon. Kemudian admin page PM inform nak hantar 1 jar gel. Free bloating paper.

25. Harvey Norman Malaysia


Nama kami suami isteri sangkut. Gigih join dua² akaun sebab hadiah 500 biji bantal. Hadiah kena pergi ambil sendiri di 2 tempat. Ikut waktu dan tarikh yang ditetapkan.



26. Sampel huggies


Bulan lepas dapat dah, bulan ni dapat lagi. Nama dan alamat yang sama.

27. Sampel susu BioGrow


Request di Fb Biogrow.

28. Trivia 1.0 - A to Z bookstore


Jawab soalan triviaa yang diberi di fanpage A to Z bookstore dan 10 terpantas menang novel / buku + diskaun untuk pembelian berikutnya. 

Alhamdulillah.. Julai yang memberangsangkan. Walaupun kecewa dengan contest Gene Martino. Aim nak menang Gopro, tapi dapat saguhati je. Sungguh-sungguh cari like. Tapi baguslan Admin GM. Jujur dan telur dalam pemilihan pemenang. Even banyak je yang guna autolike dan up gambar tak pakai baju GM. Ok, tutup cerita Julai. Pulun untuk Ogos lak. Harap² ada GP menjenguk. (angan-angan itu percuma)

No comments:

Post a Comment

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...